Prosuder Peperiksaan (Guru)

PENGURUSAN KERTAS SOALAN &
TEMPAT PEPERIKSAAN

  1. Penggubal Soalan
1.1    Ditetapkan oleh panitia semasa mesyuarat panitia.
  1. Penyediaan Kertas Soalan
2.1    Kertas soalan perlu bertaip [ Times New Roman,  Font 11 , 1.5 spacing ]
2.2    Guru – guru diharapkan dapat memaksimumkan penggunaan ruang pada kertas soalan.
2.3    Soalan perlulah mengikut format peperiksaan sebenar.
2.4    Format muka depan bagi kertas soalan dapatkan dari unit peperiksaan.
2.5    Pastikan soalan yang disediakan tidak mengandungi unsur – unsur menghasut, menghina , berbau politik atau yang boleh dipertikaikan.
2.6    Kertas soalan hendaklah disemak oleh Pengetua / Penolong Kanan / guru kanan untuk disahkan.
2.7    Kertas soalan hendaklah dihantar untuk direso sekurang – kurangnya dua minggu sebelum tarikh peperiksaan tersebut.
2.8    Kertas soalan hendaklah disusun mengikut kelas dan disertakan dengan borang pengesanan perjalanan peperiksaan.
2.9    Kertas soalan yang telah lengkap disusun hendaklah diserahkan ke unit peperiksaan.
  1. Kertas Jawapan Pelajar
3.1    Kertas OMR, test pad dan kertas graf boleh diperolehi daripada setiausaha peperiksaan dalaman.
3.2    Test pad dan kertas graf hanya dibekalkan untuk pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan percubaan sahaja.
3.3    Kertas OMR hanya digunakan sekiranya soalan tersebut melebihi 30, sekiranya kurang dari itu diharapkan guru dapat menyediakan ruangan jawapan pada kertas soalan.
3.4    Pastikan bilangan kertas jawapan yang diedarkan mencukupi dan tidak berlaku pembaziran.
3.5    Kertas jawapan yang lebih hendaklah dipungut selepas setiap kali habis peperiksaan pada hari tersebut.


  1. Semasa Peperiksaan Dijalankan.
4.1    Guru pengawas perlulah berada di bilik peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.2    Guru perlu memastikan dan mengarahkan pelajar untuk meletakkan beg dan peralatan yang tidak diperlukan di luar atau di belakang kelas.
4.3    Sekiranya peperiksaan berlangsung pada waktu rehat, guru sebelum waktu rehat hendaklah keluar 10 minit lewat dan guru selepas rehat masuk mengawas 10 minit awal.
4.4    Pastikan tidak berlaku sebarang  penyelewengan semasa peperiksaan berlangsung.
4.5    Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku.
4.6    Jangan lepaskan pelajar  sebelum waktu tamat persekolahan [ 1.50 petang untuk hari Isnin  hingga Khamis dan 11.50 pagi untuk hari Jumaat]
4.7    Kertas jawapan pelajar hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan dan sekiranya guru tersebut tiada, bolehlah diserahkan kepada setiausaha peperiksaan dalaman.
4.8    Lengkapkan  borang pengesanan perjalanan peperiksaan. Sila catatkan pelajar yang tidak hadir, meniru atau lain – lain yang berkaitan bagi memudahkan guru yang menanda.

  1. Selepas Peperiksaan
5.1    Guru – guru adalah WAJIB menanda / menyemak semua kertas jawapan pelajar.
5.2    Bagi guru – guru yang cuti bersalin , berkursus ataupun yang akan berpindah adalah masih bertanggungjawab untuk memeriksa, menilai dan merekod markah pelajar.
5.3    Markah pelajar hendaklah dimasukkan oleh guru mata pelajaran mengikut kelas yang diajar ke dalam komputer di bilik guru.
5.4    Buku penyata / slip peperiksaan hendaklah dihantar ke pejabat dua minggu selepas peperiksaan.

  1. Penyediaan Tempat Peperiksaan
6.1    Peperiksaan Dalaman
·         Penyusunan bilik – bilik peperiksaan hendaklah dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
·         Pastikan susunan meja mengikut jarak + 1.5 m dari pusat ke pusat meja dan tidak rapat dengan dinding.
·         Kedudukan pelajar hendaklah mengikut senarai nama sebagaimana dalan jadual kedatangan.
·         Pastikan kelas peperiksaan berada dalam keadaan yang kondusif untuk pelajar.

6.2    Peperiksaan Percubaan dan Awam
·         Guru – guru yang mengajar kelas – kelas peperiksaan diminta memberikan kerjasama dalam proses penyediaan tempat peperiksan dan kawalan pelajar.
  1. Am
1.1    Pelajar yang terlibat dengan aktiviti sekolah semasa peperiksaan/ ujian dijalankan ataupun yang tidak hadir pada hari peperiksaan
·         Guru tingkatan ataupun guru yang bertanggungjawab perlulah memaklumkan kepada setiausaha peperiksaan agar soalan dapat dikuarantinkan dan satu masa akan ditetapkan bagi mereka mengambil peperiksaan tersebut.
1.2    Bagi pelajar yang melakukan penyelewengan semasa peperiksaan (meniru atau ada tanda – tanda untuk meniru )
·         Guru pengawas hendaklah memaklumkan nama pelajar berkenaan ( pelajar yang meniru atau yang membenarkan kertasnya ditiru ) kepada guru mata pelajaran.
·         Tindakan (mengikut kes) akan diambil termasuklah membatalkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut ataupun memberikan markah kosong (sifar)


PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS
SEMASA PEPERIKSAAN PMR, SPM, STPM DAN MUET DIJALANKAN

  1. Guru dikehendaki hadir setengah jam lebih awal dan balik setengah jam lebih lewat.
  2. Guru hendaklah berada di pejabat semasa peperiksaan berjalan.
  3. Mengarahkan pelajar beratur di dataran kejat untuk urusan doa, teguran dan pesanan
  4. Menguruskan calon sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
  5. Mengeluarkan surat pengesahan calon bagi yang tertinggal slip peperiksaan atau kad pengenalan.
  6. Menguruskan  calon-calon yang jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan.
  7. Mencatatkan laporan perjalanan peperiksaan didalam buku laporan yang disediakan.
  8. Menentukan kemudahan-kemudahan dan bekalan-bekalan asas terdapat di dalam peti kecemasan.
  9. Mengawal disiplin calon-calon sewaktu di luar dewan peperiksaan.
  10. Menyediakan  dan membekalkan kepada ketua pengawas keperluan asas. Bahan-bahan peperiksaan seperti gam, pensil, pen sekiranya perlu.
  11. Menghubungi dan memberitahu pengetua sekiranya berlaku kes-kes yang perlu pemerhatian segera.
  12. Sekiranya terdapat calon yang tidak hadir pada hari peperiksaan, guru bertugas diminta menghubungi calon dengan merujuk buku rekod kehadiran pelajar atau mengambil tindakan yang sewajarnya.
  13. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Gerakan Payung bagi mengatur tempat tinggal dan makanan untuk calon yang tidak dapat pulang kerana banjir atau perintah berkurung.
  14. Menguruskan makan/minuman calon-calon yang di dalam kuarantin.
  15. Menentukan pengemas bilik telah menjalankan tugas-tugas berikut apabila tamat peperiksaan pada tiap-tiap hari:
(a)    Dikemaskan susunan kerusi meja
(b)    Bilik-bilik darjah dibersihkan
(c)    Bakul sampah di bilik-bilik peperiksaan dikosongkan
(d)   Menyimpan jam-jam peperiksaan di bilik peperiksaan atau di pejabat sekolah
(e)    Tingkap dan pintu dewan peperiksaan ditutup.
(f)     Menyediakan alat siaraya atau megaphone di dewan peperiksaan dan menyimpan semula di pejabat setelah sesuatu peperiksaan tamat.
  1. Menghubungai Pengetua / Penolong Kanan jika terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan.
  2. Lain-lain tugas yang diminta oleh ketua pengawas.


1 comment:

Followers